Terma-Terma Perkhidmatan

  1. Siapa kami dan Bagaimana untuk berhubung dengan kami?
    1. www.seoservicesmalaysia.com ialah laman sesawang yang dikendalikan oleh Lavardo SEO Services. Syarikat kami telah didaftarkan di Malaysia di bawah No. Pendaftaran Perniagaan 201803013237 (SA0462463-A).
    2. Anda boleh menghubungi kami dengan cara-cara berikut:
      1. melalui telefon di 03-2721 2324;
      2. melalui emel di [email protected]; atau
      3. melalui surat yang dialamatkan ke Suite: 33-01, 33rd Floor, Menara Keck Seng, 203 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
  2. Apakah Terma-Terma yang dikenakan dan Mengapakah ianya penting?
    1. Terma-Terma and syarat-syarat yang dikemukan adalah penting. Sila baca dengan teliti sebelum anda membuat sebarang tempahan dengan kami. Kami akan menerangkan bagaimana caranya untuk kami menyediakan perkhidmatan yang telah anda tempahi.
    2. Jika di dalam terma-terma dan syarat-syarat menyatakan bahawa kami akan menghubungi secara bertulis, ianya bermaksud sama ada melalui surat atau melalui emel.
    3. Dengan melayari laman sesawang kami atau menggunakan perkhidmatan kami, anda telah mengesahkan bahawa anda telah bersetuju untuk mematuhinya. Sekiranya anda tidak besetuju dengan terma-terma tersebut, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan laman web kami berserta perkhidmatan kami.
  3. Maklumat Peribadi dan bagaima cara kami menghubungi anda
    1. Untuk maklumat bekernaan bagaimana kami mengumpulkan dan menggunakan data peribadi anda, sila rujuk notis privasi kami di www.seoservicesmalaysia.com/privacy-policy/
  4. Proses Tempahan dan Kontrak diantara kami dan anda
    1. Suatu kontrak akan diwujudkan diantara kami dan anda sekiranya anda telah bersetuju dengan cadangan kami.
    2. Dari semasa ke semasa, kami akan perkenalkan pakej-pakej perkhidmatan dan anda boleh memilih sama ada untuk menaik taraf atau menurun taraf pakej anda sebelum awal
    3. Semua perkhidmatan yang kami tawarkan boleh dibatalkan tanpa sebarang penaltipada bila-bila masa dan kami akan menamatkan pekhidmatan tersebut pada bula yang berikutnya.
  5. Butiran Bayaran
    1. Fi bayaran untuk perkhidmatan-perkhidmatan adalah seperti yang tercatat di dalam cadangan kami.
    2. Fi bayaran kami adalah tertakluk kepada Cukai Jualan & Perkhidmatan (“CJP”).
    3. Pada waktu bilakah anda perlu membuat bayaran adalah bergantung kepada perkara-perkara berikut:
      1. Bagi perkhidmatan sekali (one-off), anda perlu membuat bayaran berdasarkan pemilihan pakej SEO www.seoservicesmalaysia.com/seo-packages/ sebelum kami memulakan perkhidmatan.
      2. Bagi perkhidmatan yang berterusan (ongoing), kami akan menghantar invois kepada anda terlebih dahulu untuk perkhidmatan tersebut. Anda dikehendaki membayar invois tersebut dalam tempoh 7 hari dari tarik invois.
  6. Polisi Bayaran Balik
    1. Anda mengakui dan bersetuju bahawa disebabkan oleh konsep perkhidmatan yang ditawarkan di laman ini, tiada bayaran balik yang akan diberikan setelah tempahan dibuat.
  7. Hak Cipta dan Harta Intelektual
    1. Laman web atau perkhidmatan-perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda adalah tertakluk kepada hakcipta. Isi kandungan dan bahan yang digunapakai di laman ini adalah dilindungi di bawah hakcipta undang-undang Malaysia dan perjanjian antarabangsa.
    2. Anda memiliki semua hak, hakmilik dan kepentingan di dalam dan terhadap isi kandungan atau bahan-bahan yang telah anda berikan kepada kami berkaitan dengan perkhidmatan tersebut. Wala bagaimanapun, anda telah bersetuju untuk memberi kuasa yang tidak boleh ditarik balik kepada kami suatu lesen bebas royalty, untuk menggunakan isi kandungan atau bahan untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda serta untuk tujuan pemasaran.
    3. Sebarang isi kandungan dan bahan yang etlah anda berikan mestilah tidak melanggari harta intelektual atau mana-mana hak undang-undang pihak ketiga. Kami berhak untuk mengedit dan/atau membuang sebarang isi kandungan atau bahan yang telah diserahkan tetapi kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang tuntutan pihak ketiga yang berkaitan dengan isi kandungan atau bahan tersebut.
  8. Penafian Umum
    1. Penggunaan laman web atau perkhidmatan-perkhidmatan kami adalah di atas risiko anda sendiri. Segala maklumat di laman web atau perkhidmatan kami adalah berdasarkan “seperti sedia ada” dan “seperti yang tersedia” tanpa sebarang jaminan atau syarat apa pun.
    2. Kami tidak akan menjamin kedudukan dan konsistensi kedudukan tersebut jika terdapat perubahan berterusan di dalam enjin carian kedudukan algoritma dan terdapat sekurang-kurangnya 200 faktor kompetitif yang akan mempengaruhi kedudukan SEO.
    3. Selagi diizinkan oleh undang-undang, semua terma, jaminan, waranti, representasi atau syarat-syarat yang tidak dinyatakan secara jelas di dalam terma dan syarat ini adalah dikecualikan.
    4. Kami tidak akan mempunyai libiliti ke atas sebarang ganti rugi khas, ganti rugi am atau ganti rugi akibat daripada sesuatu, kehilangan keuntungan atau peluang, kerosakan atau kehilangan data yang disebabkan atau berkaitan dengan perkhidmatan tersebut sama ada di bwaah undang-undang, kontrak, tort (termasuk kelalaian), di bawah ekuiti yang menurut undang-undang atau sebaliknya.
  9. Tanggungjawab dan Libiliti Anda kepada Kami
    1. Kami akan memaklumkan kepada anda di dalam kertas cadangan kami mengenai maklumat yang diperlukan daripada anda bagi menyediakan perkhidmatan kepada anda. Kami akan menghubungi anda bagi mendapatkan maklumat tersebut.
    2. Jika anda tidak dapat memberikan kepada kami maklumat yang diperlukan didalam tempoh masa yang ditetapkan atau jika maklumat yang diberikan adalah tidak tepat, kami boleh membatalkan kontrak atau pun mengenakan bayaran kepada anda disebabkan kos tambahan yang terpaksa kami tanggung.
    3. Anda bersetuju untuk membayar ganti rugi dan memberi pampasan kepada kami untuk segala kerugian kos-kos, perbelanjaan atau kerosakan yang kami alami akibat daripada pelanggaran atau ketidakpatuhan tanggungjawab anda seperti yang termaktub di dalam kontrak ini.
  10. Libiliti kami jika anda mengalami kerugian atau kerosakan
    1. Jika kami memberikan khidmat nasihat kepada anda termasuk mana-mana arahan yang telah diberikan kepada anda, maka anda perlu mematuhinya. Kami tidak akan mempunyai libiliti terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan kegagalan anda untuk mematuhi arahan dan nasihat tersebut.
    2. Kami tidak mengehadkan atau mengecualikan libiliti kami terhadap anda yang mana kami tidak dapat melaksanakannya melalui undang-undang. Walau bagaimanapun, kami mempunyai libiliti terhadap anda ke atas kerugian dan kerosakan yang dialami oleh anda yang disebabkan oleh kami tetapi hanya jika kerugian atau kerosakan tersebut adalah sesuatu yang boleh diramalkan terjadi.
  11. Penggantungan Perkhidmatan
    1. Jika terjadi sesuatu yang memerlukan kami untuk menggantungkan perkhidmatan kami kepada anda, sebagai contoh:
      1. untuk melakukan penyesuaian teknikal atau untuk menyelesaikan masalah teknikal;
      2. tidak membuat bayaran fi kami,

      Maka kami akan menghubungi anda.

    2. Sekiranya anda melanggar terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan ini, kami berhak menangguhkan atau menghalang anda dari mengakses laman web kami dan/atau mengambil tindakan undang-undang terhadap anda.
  12. Hak Pembatalan Kontrak
    1. Sekiranya anda tidak memenuhi tanggungjawab anda seperti yang terkadung di dalam terma-terma dan syarat-syarat ini, kami berhak membatalkan kontrak ini. Berikut adalah contoh situasi yang kami anggap anda sebagai tidak memenuhi tanggungjawab:
      1. Anda tidak membuat bayaran fi kepada kami pada masa yang ditentukan dan anda tidak membuat bayaran kepada kami dalam tempoh 7 hari dari tempoh pemberitahuan kepada anda tentang bayaran tertunggak tersebut;
      2. Anda tidak memberikan maklumat seperti yang diminta oleh kami di dalam tempoh masa yang munasabah.
    2. Sekiranya kami membatalkan kontrak kerana anda tidak melaksanakan tanggungjawab anda, kami tidak akan memulangkan semula fi bayaran untuk perkhidmatan yang telah dibuat bayaran tetapi tetapi belum diterima.
  13. Penyataan Am
    1. Terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam kontrak diantara kami dan anda adalah terpakai berbanding apa-apa pemahaman dan persetujuan sebelumnya yang berkaitan dengan kontrak ini.
    2. Kami berkemungkinan akan menterjemahkan terma-terma dan syarat-syarat ini ke dalam Bahasa lain bagi tujuan kemudahan anda. Walau bagaimanpun, sekiranya terdapat sebarang konflik atau tiada konsistensi, versi Bahasa Inggeris adalah terpakai.
    3. Kami akan membuat pindaan terhadap terma-terma dan syarat-syarat ini dari semasa ke semasa. Pada bila-bila masa anda ingin melayari laman web kami atau menggunakan perkhidmatan kami, sila pastikan bahawa anda memahami terma dan syarat tersebut apabila menggunakannya.
    4. Kami mungkin akan memindahkan segala hak dan tanggungjawab kami di bawah kontrak ini kepada organisasi lain. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan untuk memindah segala hak atau tanggungjawab anda di dalam terma-terma dan syarat-syarat kepada sesiapa pun tanpa kebenaran bertulis dari kami.
    5. Kecuali jika kami memindah segala hak dan tanggungjawab kami kepada organisai lain, kontrak ini adalah diantara kami dan anda. Hal ini bermakna, tidak ada mana-mana individu atau organisasi lain yang menjadi pihak didalam kontrak inidan mereka tidak mempunyai hak di bawah kontrak ini.
    6. Sekiranya kami terlewat dalam melaksanakan mana-mana hak kami di bawah kontrak, hal ini tidak akan menghalang kami dari melaksanakan hak tersebut terhadap anda di kemudian hari.
    7. Sekiranya berlaku perselisihan diantawra kami dan anda, maka ianya akan diselesaikan dibawah undang-undang Malaysia. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa prosiding akan dijalankan di mahkamah Malaysia.
    8. Sekiranya mahkamah memutuskan mana-mana bahagian di dalam terma-terma dan syarat-syarat serta penafian ini adalah tidak sah atau ianya tidak dapat dilaksanakan, bahagian terma-terma dan syarat-syarat yang tidak terjejas akan kekal seadanya.

Dikemaskini pada: 22 Julai 2020